kisah.gif (4503 bytes)

Assalamualaikum warahmatullah hiwabarakatuh

Aku dilahirkan di sebuah bandaraya yang terkenal iaitu Kuala Lumpur pada 24hb Januari 1976 dan menetap di sebuah tempat bernama Kampung Bharu. Dan setelah ibu & ayahku sepakat, namaku ialah Khairul Anuar Bin Mohd Ariffin. Aku dibesarkan dalam sebuah keluarga yang sederhana, aku dijaga dan dibelai seperti kanak-kanak yang lain oleh ibu dan ayahku. Sebenarnya aku dilahirkan sebagai anak sulung dari lima orang adik-beradik. Pada tahun 1983 aku berpindah ke Bandar Baru Bangi yang beralamat No. 12 Jalan 1/9H, 43650 Bandar Baru Bangi, Selangor Darul Ehsan. Semasa kecil, aku selalu bercita-cita hendak menjadi seorang Askar, hendak ku ceritakan semuanya ingatan ku agak pudar sekarang ini. Tapi ingatanku masih kuat lagi iaitu sewaktu aku di Temerloh Pahang, seorang rakanku menceritakan arah tuju hidup aku yang sebenar. Dan dari situlah, baru aku nampak kemanakah yang harus aku tuju, dan disitu jugalah terciptanya satu cita-cita baru dalam hidup aku iaitu ingin menjadi seorang Usahawan bumiputra yang berjaya, insyaAllah satu hari nanti. Alhamdulillah, sekarang aku sudah berniaga sendiri berbekalkan pengalaman aku di tempat kerja lama (Kenali Teknologi), nama syarikat aku sekarang ialah Karlz Technology. Aku ingin mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih kepada En Roslan dan En Sazuki kerana banyak mengajar aku tentang selok belok dunia perniagaan semasa aku bekerja di syarikat Kenali Teknologi.   Sesungguhnya aku takkan lupakan jasa kalian. Cukuplah setakat itu yang dapat aku ceritakan tentang serba sedikit kisah hidup aku.